Jonathon Power

Jonathon Tyler Power (lahir 9 Ogos 1974, di Comox, British Columbia, Kanada) ialah seorang bekas pemain skuasy profesional dari Kanada. Pada tahun 1999, dia menjadi pemain skuasy pertama dari Amerika Utara untuk mencapai ranking No. 1 dunia. Dia memenangi 36 kejuaraan utama skuasy sepanjang kariernya, termasuklah Terbuka Dunia pada tahun 1998, dan Terbuka British pada tahun 1999.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy